Harga Minyak Jatuh, OPEC Tunggu Jawapan Rusia Untuk Pengurangan Pengeluaran

455

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dilaporkan bersetuju untuk pengurangan pengeluaran minyak mentah yang lebih mendalam iaitu dengan tambahan sebanyak 1.5 juta tong sehari sehingga akhir tahun 2020 daripada 1 juta tong yang dipersetujui sebelum ini.

Tambah OPEC lagi, mereka akan menyemak semula polisi tersebut pada mesyuarat berikutnya pada 9 Jun.

Harga minyak yang pada mulanya meningkat susulan keputusan OPEC, kembali menyusut didorong oleh kebimbangan terhadap permintaan berikutan OPEC+ yang masih belum membuat keputusan untuk mengurangkan pengeluaran bagi menyokong harga minyak mentah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 58 sen kepada $49.41 setong manakala WTI Amerika Syarikat menyusut sebanyak 53 sen kepada $45.37 setong.

Negara anggota bukan OPEC dikatakan akan menyumbang sebanyak 500,000 tong pemotongan sehari, namun Rusia dan Kazakhstan yang juga anggota OPEC+ memberitahu mereka masih belum bersetuju dengan pemotongan lebih mendalam.

Perkara ini secara tidak langsung telah menimbulkan risiko kepada jalinan kerjasama yang telah menyokong harga minyak mentah sejak tahun 2016.

OPEC sedang bermesyuarat pada minggu ini di Vienna untuk berbincang mengenai pengurangan pengeluaran yang lebih mendalam sebagai tindak balas terhadap kejatuhan permintaan minyak disebabkan coronavirus.

Peningkatan bekalan minyak mentah dan pengurangan permintaan terhadap aset berpulangan tinggi disebabkan wabak coronavirus telah mendorong kemerosotan dalam sentimen ke atas komoditi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat