Harga Minyak Jatuh, Operasi Fasiliti Minyak AS Masih ‘Stop’

262

Dagangan minyak mentah jatuh pada Selasa ketika saluran paip utama di Pantai Timur AS masih ditutup menyebabkan beberapa kilang minyak di Pantai Teluk AS mengurangkan pengeluarannya.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat susut 0.6% kepada $64.52 setong, manakala minyak mentah Brent pula turun 0.7% kepada $67.87 setong.

Colonial Pipeline, yang mengangkut lebih 2.5 juta tong sehari petrol, diesel dan bahan bakar jet, terpaksa menutup operasinya pada hari Jumaat disebabkan berlakunya serangan siber.

Penyerang yang didakwa sebahagian daripada kumpulan jenayah siber bernama DarkSide dilaporkan telah mengambil hampir 100 gigabyte data dari rangkaian Colonial hanya dalam masa dua jam pada hari Khamis, lapor Bloomberg pada Sabtu.

Terbaru, Colonial mengatakan bahawa ia akan memulakan semula operasi sepenuhnya pada akhir minggu ini.

Penutupan saluran paip akan mengurangkan ketersediaan bahan bakar dalam waktu terdekat, menaikkan harga dan memaksa kilang untuk memotong pengeluaran kerana mereka tidak mempunyai cara lain untuk mengangkut gas.

Hal ini telah menyebabkan harga petrol AS melonjak sebanyak 6 sen, dan kenaikan ini mungkin mengakibatkannya mencapai tahap tertinggi sejak 2014.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat