Harga Minyak Junam Ke Paras Terlemah 5 Bulan

1,210

Dagangan minyak mentah ditetapkan untuk mengakhiri minggu ini lebih rendah berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kelembapan ekonomi akan melemahkan permintaan.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak Brent sedikit meningkat pada sekitar harga $100 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $96 setong.

Terdahulu, kedua-dua penanda aras telah jatuh ke paras terendah 5 bulan pada Khamis di mana dagangan WTI merosot ke paras harga $90.54 setong dan minyak Brent pula menyentuh harga $94.47 setong.

Kebimbangan terhadap kemelesetan telah diburukkan lagi dengan berita mengenai inflasi pengguna AS yang meningkat ke paras tertinggi baharu 40 tahun pada bulan Jun, manakala inflasi pengeluar pula melonjak lebih kuat daripada dijangkakan.

Pada masa yang sama, pelabur bimbang dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat dan kemunculan subvarian Omicron di China boleh mendorong pihak berkuasa untuk mengumumkan langkah penutupan baharu yang terus menekan permintaan bahan api.

Pertumbuhan ekonomi China lebih perlahan daripada dijangkakan pada suku kedua 2022, mencerminkan impak daripada pendekatan sifar Covid-19 yang dilaksanakan kerajaan telah merencatkan perngembangan di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat