Impak Dasar Sifar Covid, Ekonomi China ‘Menderita’ Pada Suku Kedua 2022!

238

Ekonomi China berkembang pada kadar paling perlahan sejak penularan pertama wabak coronavirus di Wuhan, mencerminkan impak daripada polisi sifar Covid yang telah menyebabkan bandar-bandar utama ditutup.

Data terbaharu daripada Biro Perangkaan Negara (NBS) pada Jumaat menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang hanya 0.4% pada suku kedua daripada 1.0% yang dijangkan pasaran.

Angka ini juga menunjukkan penurunan ketara daripada pertumbuhan yang dicatatkan pada suku pertama 4.8%, menjadikannya prestasi terburuk sejak suku pertama 2020.

Sementara pada asas tahunan, ekonomi menguncup 2.6% berbanding jangkaan penguncupan 1.5% dan merosot daripada pengembangan sebelumnya 1.4%.

Kejatuhan ini adalah impak kepada tindakan kerajaan China yang melaksanakan polisi sifar Covid untuk mengekang penularan wabak lebih luas, mengakibatkan banyak kilang, perniagaan dan aktiviti ekonomi lain ditutup.

Penganalisis berpandangan bahawa matlamat kerajaan China untuk pertumbuhan sekitar 5.5% tahun ini mungkin tidak dapat dicapai, dengan ramalan KDNK diramalkan berkembang hanya lebih 4%.

Bagaimanapun, data lain yang diterbitkan NBS menunjukkan penggunaan mula bertambah baik pada bulan Jun selepas langkah sekatan di hab kewangan dan perdagangan Shanghai dilonggarkan.

Jualan runcit dan pengeluaran perindustrian dilaporkan meningkat dengan masing-masing dicatatkan berkembang 3.1% dan 3.9% pada bulan lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat