Harga Minyak Kukuh Untuk Minggu Ketiga Berturut-Turut!

277

Sesi pasaran Asia memperlihatkan dagangan minyak mentah meningkat dengan bakal merekodkan kenaikan untuk minggu ketiga berturut-turut ketika negara-negara pengeluar utama minyak terus berusaha untuk mengembalikan keseimbangan dalam pasaran dengan mengurangkan pengeluaran.

Dagangan minyak mentah Brent naik 15 sen kepada $45.05 setong, sementara WTI Amerika Syarikat juga didagangkan positif dengan kenaikan sebanyak 12 sen kepada $42.94 setong.

Kedua-dua penanda aras tersebut pada mulanya jatuh hampir 1% ketika sesi New York didorong oleh peningkatan dalam tuntutan pengangguran AS yang lebih tinggi dari yang dijangkakan.

Sementara itu, OPEC dan sekutunya, terus komited untuk memastikan negara anggota untuk memenuhi komitmen mereka untuk mengurangkan pengeluaran pada mesyuarat jawatankuasa OPEC pada Rabu.

OPEC mendapati terdapat beberapa negara anggota yang perlu mengurangkan pengeluaran sebanyak 2.31 juta tong sehari untuk menebus semula kegagalan mereka untuk mematuhi komitmen perjanjian pengeluaran.

Dalam pada itu, pasaran turut diperlihatkan dengan laporan OPEC yang menunjukkan risiko dalam permintaan, yang OPEC+ menjangkakan permintaan minyak pada tahun 2020 akan turun sebanyak 9.1 juta tong sehari, iaitu 100,000 tong sehari lebih banyak daripada ramalan sebelumnya.

Malah, sekiranya China, India, Eropah dan Amerika Syarikat terus dilanda gelombang kedua Covid-19 pada separuh kedua tahun ini, permintaan juga diunjurkan merosot sebanyak 11.2 juta tong sehari pada 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat