Harga Minyak Meleset Oleh Tindakan Spekulator Pasaran

71

Harga minyak jatuh pada hari ini berikutan tindakan spekutalor yang mengambil keuntungan selepas kenaikan harga dengan menjual pada harga tinggi. Namun lebihan bekalan yg meningkat secara beransur-ansur menekan harga ke bawah.

Harga pasaran hadapan minyak Brent jatuh lagi sebanyak 0.18% setakat pukul 10.37 malam berbanding kejatuhan 2.5% yang direkod dalam sesi dagangan Isnin . Pasaran hadapan minyak mentah U.S jatuh sebanyak 0.10% pada harga.

Harga minyak mentah brent meningkat sebanyak 20% pada suku ketiga dan merupakan peningkata tertinggi sejak tahun 2004 bagi suku ketiga.

Para pelabur masih lagi optimis terhadap pasaran minyak mentah Brent yang mencatat paras yang tinggi pada minggu lepas, ini memberi petunjuk bahawa permintaan dan penawaran sedang dalam proses untuk stabil.

Bagi Oliver Jakob pengarah strategi Petromatrix, penentuan harga hanyalah berkisar tentang keseimbangan penawaran dan permintaan dan sikap spekulator yang mengambil kesempatan terhadap sentimen untuk meningkatkan keuntungan.

Kenaikan harga minyak pada minggu lepas adalah berikutan sekatan saluran minyak oleh Turki daripada Kurdistan di Iraq ke luar negara. Selain itu, perjanjian pengeluar minyak OPEC untuk melanjutkan pemotongan pengeluran minyak juga telah meyokong kenaikan harga komoditi ini.

Menurut pengurus Bank Ayers Alliance ” Harga minyak tidak begitu stabil pada suku tahun keempat, berikutan peralihan permintaan pada musim panas kepada pemintaan musim sejuk.”

“Amerika Syarikat terus menaikkan pengeluaran dengan harga tinggi untuk WTI ketika ini di NYMEX,” kata penganalisis di ING.

“Dengan permintaan yang kukuh sejak beberapa bulan lalu, harga yang tinggi ini dijangka akan memberi impak kepada pertumbuhan permintaan menjelang tahun 2018.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat