Harga Minyak Melonjak, Pelabur Dah Mula Lupakan Iran?

241

Harga minyak diniagakan stabil setelah melonjak lebih 3% pada sesi sebelum ini, di tengah-tengah keyakinan yang meningkat bahawa pemulihan permintaan bahan bakar global dapat mengimbangi kenaikan penawaran daripada Iran.

Pada sesi Eropah, WTI Amerika Syarikat diperdagangkan hampir $66 setong setelah mengukuh 3.9% dalam sesi sebelumnya.

Sementara dagangan minyak mentah Brent pula menokok di atas harga $68 setong, menyusuli lonjakan sebanyak 3% yang direkodkan dari sesi sebelum ini.

Perbincangan antara Iran dan Amerika Syarikat akan berlanjutan di Vienna minggu ini untuk menyelesaikan isu-isu yang masih belum selesai dalam perjanjian itu, di mana ia mungkin membuka jalan bagi penghapusan sekatan Washington terhadap minyak Tehran.

Goldman Sachs mengatakan bahawa pasaran mungkin akan dapat menampung penawaran tambahan daripada Iran susulan kekuatan permintaan global ketika vaksin dilancarkan.

Mobiliti di AS semakin meningkat, sekali gus membantu lonjakan penggunaan tenaga. Dengan lebih 61% orang dewasa di Amerika telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, kes baru Covid-19 hanya meningkat 0.5% pada minggu lalu, menandakan peningkatan paling perlahan sejak Mac 2020.

Penggunaan terhadap tenaga dijangka akan terus meningkat ketika bermulanya musim panas, yang bakal menyaksikan lebih ramai lagi penduduk keluar untuk beriadah dan bercuti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat