Harga Minyak Mentah Dunia Jatuh Lebih Dari 1%

83

Harga minyak mentah dunia jatuh lebih dari satu peratus pada Jumaat dengan minyak mentah US jatuh di bawah paras $45 setong.

Minyak Brent (Brent-oil), penanda aras global bagi minyak mentah didagang di sekitar $47.53 setong jatuh 1.16% setakat pukul 3.24 pm.

Manakala minyak WTI (West Texas Intermediate) didagang di sekitar $44.94 setong jatuh 1.25% dari sesi dagangan sebelum ini.

Berita tentang peningkatan pengeluaran menyelubungi pasaran ini walaupun aktiviti pengeluaran berkurangan di Amerika Syarikat minggu lalu, dengan data EIA menunjukkan pengurangan bekalan lebih dari jangkaan.

“Harga minyak pada mulanya meningkat dengan data inventori yang berkurang, namun, ia hanya sementara, apabila tumpuan pasaran beralih kepada data peningkatan pengeluaran yang lain dari US,” kata bank ANZ pada Jumaat.

Data EIA semalam menunjukkan pengurangan jumlah bekalan sehingga 6.3 juta tong pada minggu berakhir 30 Jun yang membawa kepada jumlah semasa 502.9 juta. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah pengurangan 2.4 juta tong.

Data tersebut menunjukkan pengukuhan permintaan di Amerika Syarikat, tetapi diseimbangkan oleh kenaikan 1% pengeluaran mingguan kepada 9.34 juta tong sehari.

Keluaran oleh OPEC pula meningkat pada bulan kedua berturut-turut pada Jun seperti yang dilaporkan oleh penyelidik pasaran minyak di Thomson Reuters.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat