Harga Minyak Mentah Global Kembali Menjunam Sebaik Sahaja Data Inventori dilapor Melonjak!

95

Harga minyak mentah menjunam dalam sesi Asia pada Rabu selepas data anggaran industri menunjukkan peningkatan terhadap bekalan minyak mentah di AS.

Niaga minyak mentah di New York Merchantile Exchange bagi penghantaran Jun menjunam sebanyak 0.78 peratus kepada $48.28 manakala Brent mentah dinilai kepada $51.65 setong sebaik sahaja API mengeluarkan laporan mingguan.

Inventori minyak mentah di AS meningkat sebanyak 882,000 tong pada minggu lepas berbanding dengan jangkaan penurunan sebanyak 2.3 juta tong. Data API ini kemudiannya akan disusuli dengan data rasmi oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga AS yang bakal dikeluarkan pada Rabu.

Semalam, minyak mentah diniagakan ke tahap yang lebih tinggi gara-gara jangkaan data inventori di AS disamping keyakinan yang semakin meningkat disebabkan Menteri Tenaga dikatakan akan memotong bekalan minyak mentah sehingga meliputi Mac 2018.

Keyakinan pelabur semakin meningkat apabila OPEC dikatakan akan melanjutkan perjanjian 9 bulan lagi sehingga Mac 2018 selepas Kuwait juga dikatakan akan menyokong perjanjian ini.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih pada Isnin mengatakan bahawa perjanjian tersebut telah membantu dalam mengurangkan pengeluaran global dan mengekang bekalan. Namun begitu, beliau berpendapat bahawa pemotongan ini perlu dilanjutkan untuk mengurangkan tahap inventori kepada bacaan purata dalam tempoh lima tahun.

Krisis Politik di AS Semakin Menambah Beban Kepada Dagangan US Dollar

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat