Harga Minyak Mentah Global Melonjak Selepas Serangan Amerika

63

Harga minyak mentah global melonjak pada Jumaat selepas Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera Syria.

Minyak mentah WTI (west texas intermediate) naik 0.85% dan kini didagang di sekitar $52.14 setong yang tertinggi sejak 7 Mac. Di ICE Future Exchange London, minyak Brent (Brent-oil) naik 0.64% ke paras $55.24 setong dan juga merupakan paras tertinggi sejak 7 Mac.

Presiden Trump mengatakan pada Khamis bahawa beliau mengarahkan serangan tersebut sebagai tindak balas penggunaan senjata kimia oleh Syria.

Pasaran minyak mentah global mengukuh sepanjang minggu ini dengan keyakinan yang semakin memuncak terhadap pemotongan bekalan oleh OPEC dilihat semakin menstabilkan pasaran ini.

OPEC telah membuat perjanjian November lepas bagi menyerap 1.2 juta bekalan setiap hari bermula Januari sehingga Jun. Manakala Rusia dan 10 lagi pengeluar bukan OPEC juga bersetuju mengurangkan 600,000 tong minyak sehari.

Secara keseluruhan, mereka bersetuju untuk mengurangkan 1.8 juta tong sehari sehingga Jun.

Menteri-menteri minyak OPEC dan bukan-OPEC akan bertemu sekali lagi pada lewat April untuk membincangkan masa depan perjanjian yang telah dibuat pada November. Perbincangan juga dijangka akan berfokus kepada sama ada melanjutkan pemotongan selepas Jun di mana keputusan rasmi akan dibuat pada 25 Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat