Harga Minyak Mentah Global Mula Menyaksikan Lonjakan!

57

Harga minyak mentah meningkat pada hari Jumaat selepas jatuh kepada paras terendah dalam tempoh 3 bulan gara-gara kebimbangan terhadap lebihan bekalan global.

WTI mentah meningkat sebanyak 37 sen atau 0.80 peratus pada $49.65 setong. Komoditi ini menjunam di bawah $50 pada hari Khamis buat kali pertama sejak pertengahan Disember sejurus selepas OPEC dan pengeluar lain bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran.

Dalam masa yang sama, Brent mentah meningkat 35 sen atau 0.70 peratus pada $52.54 setong.

WTI mentah telah kehilangan 7 peratus minggu ini dan secara tidak langsung mencatat penurunan mingguan terbesar sejak awal November.

Menurut Kumpulan Ekonomi NAB dalam satu laporan, harga minyak turun dengan mendadak sejak dua hari lepas selepas inventori minyak mentah dilaporkan meningkat di AS. Hal ini sekali gus menambah kebimbangan pasaran terhadap keseimbangan bekalan dan permintaan bagi komoditi ini.

Dalam laporan sebelum ini, stok minyak mentah di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 8.2 juta tong minggu lalu.

Pasaran juga dikatakan mula menghantar sentimen bullish apabila OPEC dan beberapa pengeluar utama, termasuk Russia telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran pada separuh pertama tahun ini.

Menurut NAB lagi, jika perjanjian ini kekal berterusan, harga komoditi ini dikatakan akan kekal dalam aliran meningkat. Namun begitu, isu lebihan inventori mungkin akan membantutkan hasrat minyak mentah untuk berada dalam dagangan yang lebih tinggi.

Dua sumber industri memberitahu Reuters bahawa OPEC berpotensi untuk melanjutkan perjanjian di dalam mesyuarat tertutup minggu ini sekiranya inventori minyak kekal berada pada paras yang agak membimbangkan.

Ini Perkara Yang Mesti Anda Perhatikan Menjelang NFP Malam Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat