Harga Minyak Mentah Sempat Naik Sekejap, Bekalan Lebih Terhad

107

Pasaran minyak mentah meningkat semalam disebabkan bekalan lebih ketat yang ditetapkan pada bulan Februari dan pasaran tertumpu kepada usaha diplomatik AS dalam menamatkan konflik Timur Tengah serta meredakan ketegangan di wilayah pengeluar minyak mentah utama.

Minyak mentah Brent naik 87 sen (1.12%) kepada $78.86 per tong dan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) meningkat 88 sen (1.21%) kepada $73.68. Kedua-dua kontrak itu naik lebih 1% yang merupakan peningkatan pertama sejak awal minggu.

Data inventori yang akan dikeluarkan semalam dan hari ini dijangka akan menunjukkan inventori kukuh yang berterusan untuk petrol dan diesel.

Kini, kilang penapisan di AS sedang melakukan baik pulih ke atas loji di seluruh negara akibat gangguan pada minggu lalu di loji penapisan Whiting, Indiana. Hal ini akan mengehadkan pengeluarannya.

Selain itu, usaha Anthony Blinken, Setiausaha Negara AS dalam menghentikan perang Gaza turut mendapat perhatian pasaran sejak kebelakangan ini.

Semalam, beliau mendarat di Kaherah untuk pertemuan dengan Presiden Mesir, Abdel Fatah Al-Sisi bagi mengusul cadangan gencatan senjata sebelum serangan yang lebih dahsyat daripada Israel ke atas Rafah, sempadan negara itu yang menjadi tempat perlindungan kira-kira separuh penduduk Semenanjung Gaza.

Pada masa yang sama, Amerika Syarikat kekal meneruskan kempennya dalam menentang kumpulan Houthi di Yaman disebabkan serangan ke atas kapal-kapal yang berlayar di Laut Merah.

Buat masa sekarang, peserta pasaran sedang menantikan data inventori minyak mentah AS yang akan dikeluarkan pada Rabu. Para penganalisis menganggarkan secara purata bahawa inventori minyak mentah meningkat kira-kira 2.1 juta tong sepanjang minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat