Harga Minyak Mentah Terbang Ke Paras Tertinggi Mac 2020!

275

Harga minyak terus mengekalkan momentum pengukuhan selepas menyentuh paras ketinggian sejak Mac, disokong oleh keyakinan pasaran terhadap pemulihan permintaan global susulan perkembangan positif mengenai vaksin Covid-19.

WTI Amerika Syarikat didagangkan menguat di paras ketinggian terbaru sejak Mac pada $45.40 setong sementara minyak mentah BRent turut mengukuh pada $48.33 setong pada pembukaan sesi Asia.

Sebelum pergerakan dagangan komoditi itu terhenti sementara selepas Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan peningkatan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat sebanyak 3.8 juta tong pada minggu lalu.

Namun begitu, disebabkan sentimen positif pasaran melebihi kekecewaan terhadap peningkatan inventori AS, harga minyak mentah kembali meneruskan kenaikan pada sesi Asia.

AstraZeneca memberitahu pada hari Isnin bahawa vaksinnya mempunyai keberkesanan sebanyak 70% dalam percubaan dan mempunyai keupayaan untuk meningkat 90%, memberikan satu lagi senjata untuk membantu memerangi pandemik coronavirus setelah mendapat hasil positif dari pembuat vaksin utama yang lain.

Walau bagaimanapun, vaksin-vaksin ini mungkin tidak akan tersedia untuk digunakan secara besar-besaran dalam beberapa bulan akan datang, membawa maksud penutupan dan sekatan perjalanan masih akan dilaksanakan hingga tahun depan.

Ini menguatkan jangkaan bahawa OPEC dan sekutunya termasuk Rusia, OPEC+ akan meneruskan komitmen pengurangan pengeluaran minyak sehingga awal tahun depan ketika mesyuarat pada 30 November dan 1 Disember ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat