Harga Minyak Suram Menuju Hujung Minggu

322

Minyak mentah berada di landasan untuk penurunan mingguan ketiga dalam bulan ini berikutan kebimbangan terhadap kejatuhan permintaan tenaga di China dan isyarat Federal Reserve (Fed) untuk mengetatkan dasar lebih agresif.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan susut 1.3% pada $107 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula turun 1.2% kepada $102 setong.

Penutupan akibat coronavirus di China telah menyuramkan prospek permintaan dalam pengimport minyak mentah utama dunia.

Pada masa yang sama, IMF dan Bank Dunia pula mengurangkan ramalan mereka untuk pertumbuhan ekonomi global kerana terkesan akibat pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Selain itu, ahli OPEC bergelut untuk mencapai sasaran pengeluaran mereka, di mana Libya mengatakan bahawa ia kehilangan lebih daripada 550,000 tong sehari pengeluaran minyak akibat sekatan di medan utama dan terminal eksport.

Sementara itu, data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan bahawa inventori minyak mentah AS merosot sebanyak 8 juta tong pada minggu lepas, angka paling banyak dicatatkan sejak Januari 2021.

Pelabur juga bersiap sedia untuk bank pusat AS menaikkan kadar faedah dengan pantas, selepas Jerome Powell memberi isyarat untuk kenaikan sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat