Harga Minyak Terus Mengukuh Dalam Pasaran U.S

81

Harga minya mentah terus mengukuh pada hari Isnin berikutan pasaran semakin optimis bahawa Organisasi Negera Pengeksport Petroleum (OPEC) akan melanjutkan perjanjian pengurangan bekalan minyak.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan sekitar $54.02 setong, naik 0.22% setakat jam 11.25 malam.

Pasaran hadapan Brent di ICE naik 0.08% kepada $60.18 setong setakat jam 11.25 malam. Harga minyak Brent naik menghampiri paras tertinggi 27 bulan lalu iaitu pada $60.65 setong.

Peningkatan ini juga didorong oleh dukungan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman menyatakan kerajaan bersedia menyokong lanjutan had pengeluaran minyak bagi membantu menstabilkan permintaan dan penawaran komoditi hitam.

Selain itu, pada hari Jumaat, Setiausaha OPEC Mohammad Barkindo membuat kenyataan bahawa OPEC mengalu-alukan dukungan Putera Mahkota Arab Saudi berkenaan lanjutan had pengeluaran minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat