Harga Pamer Penurunan, GBP/USD Masih Bertahan

512

Sesi Asia pada Selasa semalam melihatkan Pound Sterling berjaya mengukuh berbanding US dolar dan merekodkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018.

Pada carta harga pasangan GBP/USD, harga mencapai paras ketinggian sekitar 1.39500 namun momentum kenaikan harga gagal dikekalkan untuk menuju paras sasaran 1.4000.

Penurunan harga kembali dipamerkan susulan pengukuhan semula US dolar yang menekan harga lebih rendah pada sesi New York.

Pelabur yang kembali memberi reaksi terhadap pengukuhan US dolar nyata mengatasi prestasi positif Pound sebelum ini.

Harga susut semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga dan membuatkan pelabur berjaga-jaga untuk isyarat awal perubahan trend.

Penurunan harga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Rabu) dengan jangkaan zon RBS (resistance become support) 1.38600-1.38300 akan diuji semula.

Jika harga berjaya melonjak semula dari zon tersebut, berkemungkinan harga meneruskan semula kenaikan untuk mengatasi paras ketinggian dicapai semalam dan menuju ke paras 1.4000.

Sebaliknya jika US dolar berjaya terus mengukuh dan menekan harga lebih rendah, paras sokongan harga lebih rendah dilihat pada zon RBS pada 1.37000.

Kejatuhan harga lebih rendah seterusnya akan menuju paras tumpuan pada 1.37000.

Pelabur akan memberi tumpuan terhadap data inflasi UK yang akan diterbitkan di awal sesi Eropah dan bakal mempengaruhi pergerakan Pound.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat