Harga Pantul Semula, Namun Pelabur Masih Lihat EUR/USD Berada Dalam Trend Bearish

307

Sentimen pasaran pada minggu ini kekal tidak menentu dengan dagangan pada Rabu semalam melihatkan risiko kembali mereda sementara perkembangan krisis Rusia-Ukraine terus dipantau rapat oleh pelabur.

Meleset berbanding jangkaan untuk terus memacu kukuh, US dolar sebaliknya pada sesi New York semalam kembali bergerak suram.

Pelabur turut memberi tumpuan terhadap isyarat kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) apabila Pengerusi Fed, Jerome Powell memberi petunjuk untuk peningkatan 25 mata asas pada mesyuarat Mac.

Namun, pergerakan US dolar akan terus dibayangi oleh krisis peperangan antara Rusia dan Ukraine yang mempengaruhi dagangan safe-haven termasuk US dolar.

Sementara itu juga, pelabur berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Februari yang akan diterbitkan pada Jumaat.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang utama EUR/USD, harga menunjukkan penurunan pada sesi Eropah semalam untuk mencatatkan paras terendah terbaru untuk tempoh hampir 2 tahun.

Namun, momentum gagal dikekal pada sesi New York di mana harga pantul membuat kenaikan semula menunjukkan prestasi suram US dolar.

Harga yang mencecah paras 1.10600 meningkat semula ke paras sekitar 1.11400, namun masih bergerak dalam corak harga yang menurun.

Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kekal menjadi penghalang untuk kenaikan harga sebagai isyarat untuk harga meneruskan pergerakan dalam trend bearish.

Walaupun sentimen pasaran berisiko sebelum ini sedikit mereda, harga masih dijangka untuk meneruskan penurunan dengan memulakan dagangan pada sesi Asia pagi Khamis ini dengan ‘merah’.

Penurunan lanjut harga bakal dijangka akan mensasarkan kepada zon support 1.1000 untuk harga terus mencatatkan paras terendah terbaru sejak Mei 2020.

Namun berwaspada sekiranya harga mula membuat lonjakan apabila US dolar terus gagal untuk mendominasi dalam pasaran.

Harga yang melepasi halangan MA50 bakal menguji paras rintangan pada 1.12000 sebelum memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju pula zon SBR (support become resistance) sehingga 1.14000 selepas berjaya melepasi zon 1.12700 sebelumnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat