Harga Petrol Diturunkan Sehingga 7 Sen Bermula Esok

188

Hari Rabu setiap minggu kini menjadi tempoh yang sangat penting di mana setiap rakyat Malaysia menantikan harga terbaru bahan api seperti petrol Ron 95, Ron 97 dan juga Diesel.

Menurut laporan yang dikeluarkan, harga bahan api runcit bagi minggu terbaru diturunkan sehingga 7 sen bermula pukul 12.01 tengah malam ini.

Harga siling bagi produk petrol Ron 95 diturunkan 7 sen kepada RM1.91 berbanding harga yang lebih tinggi sebelum ini iaitu RM 1.98 dalam tempoh (15-21 Jun).

Manakala Ron 97 dalam tempoh seminggu bermula tengah malam ini juga akan diturunkan 7 sen kepada RM2.17 seliter dari RM 2.24 sebelum ini. Manakala harga Diesel pula kekal.

Mekanisma yang diperkenalkan bermula dari 29 Mac ini telah menentukan harga bahan api setiap minggu yang lebih stabil berbanding secara bulanan sebelum ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, sebelum ini mengatakan bahawa syarikat-syarikat dan peruncit petrol yang mahu menawarkan diskaun dari harga terbabit boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kelulusan daripada kementerian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat