Harga RVN Melonjak Naik Sempena ‘Merge’ ETH! Para Pelabur Mula Beri Perhatian Pada Ravencoin

442

Pada sebelah petang tadi, ekosistem Ethereum (ETH) telah melalui kemas kini ‘Merge’ yang ditunggu-tunggu yang secara rasmi menandakan peralihannya daripada algoritma Proof-of-Work (PoW) kepada algoritma konsensus Proof-of-Stake (PoS). Ini telah membawa kepada beberapa perkembangan menarik dalam ruang kripto, antaranya para pelombong mula mencari alternatif lain.

Ini tergambar apabila minat terhadap Ravencoin (RVN) telah melonjak, meletakkannya di bahagian atas senarai aliran mata wang kripto, mendahului Ethereum, Ethereum Classic (ETC), Bitcoin (BTC), dan Shiba Inu (SHIB), berdasarkan data yang diperoleh daripada CoinMarketCap pada 15 September.

Berdasarkan data, para pelombong telah berpusu-pusu ke rantaian alternatif secara beramai-ramai dalam peralihan perlombongan utama ini, yang membawa kepada letupan kadar hash Ravencoin, dimana ia telah melonjak 541% dalam tempoh dua minggu sebelum kemaskini ‘Merge’.

Di samping itu, data CoinMarketCap menunjukkan bahawa nilai Ravencoin telah meningkat hampir 75% sepanjang tujuh hari sebelumnya, kerana pelombong semakin melihat RVN sebagai pengganti yang mencukupi untuk perlombongan ETH dalam persekitaran selepas ‘Merge’.

Selain itu, turut membantu lonjakan Ravencoin ialah pengumuman oleh pertukaran kripto FTX mengenai penyenaraian niaga hadapan kekal RVN pada 12 September. Sementara itu, token Ravencoin didagangkan pada $0.06169
semasa penulisan, turun 11.11% pada hari ini, tetapi meningkat sebanyak 74.77% sepanjang tujuh hari sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat