Harga Susut Semula Selepas Lonjakan, GBP/USD Gagal Atasi Rintangan $1.2600

161

Mata wang US dolar dilihat papar pergerakan bercampur selepas penurunan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun sebelum ini menunjukkan peningkatan semula sementara sentimen pasaran dinilai masih berisiko.

Indeks dolar (DXY) telah merekodkan keuntungan sebanyak 0.18% berada pada 102.517, menyokong US dolar daripada mengalami prestasi lebih buruk menuju penghujung minggu.

Sementara itu, mata wang Pound pamerkan kejatuhan nilainya ekoran kebimbangan pelabur terhadap kelembapan ekonomi UK yang berterusan serta kadar inflasi yang tinggi. Perkembangan Brexit juga turut dipantau oleh pelabur yang dilihat boleh mencetuskan risiko semula.

Pergerakan harga pada carta pasangan GBP/USD semalam dilihat telah membuat penurunan semula selepas lonjakan pada Selasa lalu yang mencapai paras 1.260000, kembali menjunam semula di sesi Asia pagi semalam bersambung ke sesi Eropah.

Jika diperhatikan, pada mulanya harga telah membuat kenaikan sekitar 170 pips pada Selasa lalu di sesi Eropah sehinggalah ke sesi New York, namun kenaikan itu tidak berjaya melepasi resistance 1.26000.

Kenaikan yang gagal diteruskan kemudiannya menyaksikan harga membuat penurunan semula pada sesi Asia semalam sehingalah sesi Eropah ke paras sekitar 1.25100 sebelum mendatar di sekitarnya sehingga ke penghujung sesi New York.

Sekiranya kenaikan berlaku semula, zon resistance 1.26000 bakal diuji sekali lagisebelum memberi isyarat untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Sasaran harga selepas melepasi rintangan 1.26000 itu seterusnya adalah pada 1.27000 untuk mencatat paras tertinggi terbaru 6 minggu.

Untuk kenaikan lebih tinggi yang diteruskan, sasaran harga selanjutnya dijangka boleh mencapai sekitar 1.27500 pula.

Sebaliknya, jika harga meneruskan penurunan lebih rendah dibawah 1.2500o, penurunan lanjut harga seterusnya dijangkakan bakal menuju ke zon tumpuan 1.24000.

Meneruskan pergerakan pada trend bearish, sasaran untuk penurunan seterusnya adalah pada 1.23000 untuk harga catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat