Hari Berdarah Buat Pasaran Kewangan, USD Bermaharajalela!

971

US dolar meneruskan kenaikan lebih tinggi ketika sesi Eropah, dengan sokongan yang meningkat dari aliran permintaan sebagai safe-haven dan jangkaan lebih baik menjelang keputusan mesyuarat polisi Federal Reserve (Fed) pada hari Khamis nanti.

Evergrande, firma hartanah kedua terbesar di China telah membenam saham di pasaran Asia ke lautan merah dan meningkatkan kebimbangan pasaran bahawa masalah kewangan yang dihadapi syarikat itu akan membawa krisis lebih besar kepada pertumbuhan global.

Dengan menanggung hutang $300 bilion, Evergrande mengatakan ia akan mula membayar pelabur dengan hartanah yang menyebabkan penjualan besar-besaran oleh pemaju lain dan pemberi pinjamannya.

Sentimen ini turut menyokong safe-haven yen untuk didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama lain.

Indeks dolar mempertahankan pengukuhannya dengan diniagakan di paras tertinggi satu bulan pada 93.35 berbanding pesaing utamanya.

Jangkaan positif untuk Fed mula mengurangkan pembelian aset pada tahun ini terus menyokong dagangan US dolar untuk meningkat lebih tinggi, walaupun perincian mengenainya mungkin tidak akan didedahkan pada mesyuarat minggu ini.

Kesuraman pasaran Asia telah menambah tekanan buat matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi yang turut terkesan dengan dagangan greenback yang kuat. Setelah lima minggu ditutup, langkah sekatan di Auckland akan memasuki fasa empat ketika angka kes terus menunjukkan penurunan.

Euro pula diambang paras terendah satu bulan, setelah ditolak lebih rendah oleh US dolar. Pengeluaran data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah pada minggu ini akan menjadi penggerak kepada euro selain pengumuman polisi Fed.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat