Hari Ini Sentimen Masih OK Ke? Nak Trade Ni!

394

Sentimen risk-on terus menguasai pasaran menjelang penghujung minggu yang menyaksikan dagangan matawang utama kekal menguat berbanding raja matawang US dolar.

Prospek terhadap kesepakatan rangsangan yang semakin meningkat di Amerika Syarikat dan keputusan Federal Reserve (Fed) telah mendorong matawang US dolar melemah di paras terendah 2 setengah tahun.

Jumlah tuntutan pengangguran AS sekali lagi mencatatkan peningkatan pada minggu lepas dengan kenaikan sebanyak 885,000, lebih buruk daripada yang dijangkakan.

Sementara itu, matawang pound terus didagangkan menguat selepas keputusan mesyuarat Bank of England (BOE) malam tadi yang menepati jangkaan pasaran dengan mengekalkan kadar faedah pada 0.1% dan sasaran pembelian bon berjumlah £895 bilion.

Kenyataan Perdana Menteri UK Boris Johnson mengenai kemungkinan perjanjian tidak akan dicapai kecuali Kesatuan Eropah (EU) merendahkan pendiriannya terhadap isu-isu penting termasuk kuota penangkapan ikan sedikit menggoyahkan matawang pound. Namun, pasaran tetap yakin kesepakatan boleh dicapai.

Euro pula meneruskan kenaikan lebih tinggi ekoran kelemahan dolar greenback dengan didagangkan menguat pada 1.225900 berbanding USD.

Dolar Aussie dan kiwi terus memanfaatkan sentimen positif pasaran dengan terus diniagakan mengukuh di sekitar paras ketinggian 2 setengah tahun walaupun mencatatkan sedikit penyusutan pada sesi Asia.

Menjadi tumpuan utama pasaran pada hari ini adalah mesyuarat polisi bank pusat Jepun yang dijangkakan akan mengekalkan kadar faedah pada -0.10% dan melanjutkan program bantuan pembiayaan korporatnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat