Hari Mendung Buat Bitcoin, Susut Bawah $13,500

286

Pasaran matawang kripto pada hari ini suram selepas Hong Kong memutuskan untuk mengawasi serta mengawal kesemua platform perdagangan matawang kripto yang beroperasi di hab kewangan Asia.

Keputusan yang diambil oleh Securities and Futures Commission (SFC) Hong Kong menyebabkan beberapa aset kripto utama mengalami penyusutan teruk.

Bitcoin (BTC) mencatatkan penyusutan di bawah $13,500 diikuti Ether (ETH) susut di bawah $380.

Sebelum ini pihak SFC telah membenarkan kerangka opt-in bagi seluruh platform yang menawarkan perkhidmatan perdagangan kripto di negara itu.

Walau bagaimanapun, perhatian terhadap sektor ini semakin meningkat ekoran daripada beberapa platform yang mengelak daripada pengawasan pihak penggubal dasar.

Justeru, pihak mereka mengemukakan cadangan perlesenan baru di bawah undang-undang anti penyelewengan wang, menuntut semua platform perdagangan kripto memohon lesen SFC.

Susulan daripada pengumuman itu, pasaran kripto terganggu dengan aset Bitcoin susut lebih rendah dari paras $13,500. Pergerakan harga pada carta BTC/USD berada di atas paras sokongan Simple Moving Average 50 (SMA50) pada rangka masa empat jam (timeframe H4).

Momentum sokongan tersebut perlu dikekalkan bagi kesemua matawang kripto utama untuk mengelakkan penyusutan berterusan. Jika tidak, harga dijangka akan menguji semula paras support masing-masing pada $13,250 dan $13,000.

Ketika ini harga BTC mencecah $13,350 dan ETH catat nilai $373.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat