Hari Pilihan Raya – Pakar Ekonomi Ini Kongsikan Nasihat Yang Sering Dilupai Oleh Pemain Pasaran!

745

Pakar ekonomi nasihatkan para pelabur khususnya agar berhati-hati dalam membuat pelaburan bagi mengelakkan daripada hanyut dalam arus pasaran yang ‘membingungkan’ kerana persaingan pilihan raya berkemungkinan terus berlanjutan sehingga beberapa hari.

Pemenang pilihan raya A.S masih belum dapat dituntaskan pada hari Rabu setakat ini. Donald Trump dilihat meraih kemenangan di beberapa negeri utama yang menjadi tumpuan, calon Demokrat Joe Biden masih menyatakan keyakinannya untuk memenangi pilihan raya kali ini. Trump juga telah membuat kenyataan bahawa beliau telah memenangi pilihan raya ketika berjuta-juta undi sah masih dalam perkiraan. Kebanyakkan pemain pasaran menjangkakan Biden akan memperolehi kemenangan.

Indeks S&P 500, Dow Jones dan Nasdaq 100 masing-masing mencatat lonjakan lebih dari 1%.Indeks dolar pula kekal mengukuh dengan peningkatan lebih 0.10% berbanding kebanyakan matawang utama.

Gregory Daco yang merupakan ketua ekonomi A.S. di Oxford Economics menasihatkan bahawa pemain pasaran harus sangat berhati-hati bagi mengelakkan dari terbawa-bawa arus sentimen dengan beberapa negara masih mengira undian.

Walaubagaimanapun Daco juga memberi pandangan peribadi, jika semuanya berjalan lancar maka kita dapat menjangkakan beeberapa reaksi pasaran berdasarkan usulan oleh calon presiden.

Menurut beliau, jika Biden menang, maka syarikat tenaga hijau, infrastruktur, perdagangan dan pertanian berkemungkinan akan memperolehi keuntungan. Disisi lain, jika Trump yang menang maka sektor perbankan, pertahanan, farmasi dan bioteklogi boleh memperolehi keuntungan.

Kedua-dua calon mengharapkan dapat memperoleh 270 undi. Tumpuan pasaran beralih kepada keputusan negeri-negeri ‘Rust Belt’ walaupun hasil keputusan mungkin akan diumumkan lewat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat