Hasil Bon Jatuh, Tapi USD Kuat! Kenapa Ye?

1,066

Safe-haven US dolar terus kuat berbanding kebanyakan matawang utama di paras tertinggi dua minggu, sementara hasil perbendaharaan pula susut lebih rendah.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain didagangkan tinggi pada 92.38.

Penanda aras hasil perbendaharaan AS 10 tahun jatuh ke sekitar 1.60% selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell memberitahu bahawa bank pusat hanya melihat kenaikan tekanan inflasi hanya sementara.

Hasil bon nampaknya tidak lagi menyokong kekuatan USD, malah ia meraih kekuatan sebagai safe-haven di tengah-tengah sentimen risk-off.

Matawang euro diperdagangkan lemah selepas ditekan oleh dolar greenback yang kukuh, selain turut terkesan dengan kebimbangan terhadap gelombang ketiga coronavirus di Eropah di tengah-tengah pelambatan vaksinasi.

Jerman dan Belanda telah mengumumkan pelanjutan penutupan semasanya hingga pertengahan April.

Sementara di UK, data pekerjaan yang bercampur-campur telah menekan dagangan pound. Walaupun kadar pengangguran mencatatkan bacaan memberangsangkan, tetapi pada masa yang sama tuntutan pengangguran sangat tinggi dan indeks purata pendapatan gagal mengatasi jangkaan kenaikan.

Matawang berkaitan komoditi memaparkan pestasi terburuknya, di mana dolar kiwi kehilangan lebih 2% nilainya selepas kerajaan New Zealand campur tangan dalam pasaran perumahan.

Dolar Aussie mengikuti dolar kiwi lebih rendah selain ia juga terhimpit oleh ketegangan terbaru Amerika Syarikat dan China yang turut mengaitkan Kesatuan Eropah (EU) dan UK dalam pertikaian ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat