Hasil Dagangan Dua Hala Malaysia-China Dijangka Mencecah RM420.4 Billion Tahun Ini

77

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan semalam berkata, jumlah dagangan dua hala Malaysia dan China dijangka naik kepada $160 billion USD (RM672.6 billion) menjelang 2020

Pada tahun 2016 yang lalu, hasil dagangan antara kedua-dua negara China dan Malaysia berjumlah $87 billion USD dan dijangka akan berkembang pada tahun ini kepada $100 billion USD (RM420.4 billion) disokong oleh aliran ekonomi global yang positif.

Beliau turut berkata perkembangan sektor komponen automotif yang pesat berbading sektor automotif memberi peluang kepada warganegara untuk menembusi pasaran China yang mempunyai kuasa membeli lebih besar, sekali gus meningkatkan potensi jumlah dagangan eksport Malaysia ke negara tanah besar tersebut.

“Pasaran automatif Malaysia lebih kecil berbanding China. Tahun lalu, Malaysia hanya mencatatkan jualan sebanyak 580,000 unit kenderaan berbanding 28 juta unit di China.”

“Oleh itu banyak peluang dan potensi besar menanti di wilayah lain di China seperti bandar peringkat kedua dan ketiga iaitu Nanning, Kunming, Chengdu. Zhuhai, Nanjing dan Tienjing”, tambah beliau ketika merasmikan Pavilion Malaysia dan Labuan sebagai Bandar Tarikan di Ekspo China ASEAN (CAEXPO) Ke-14 semalam.

Tarikan pelancongan serta lokasi strategik bersebelahan Brunei menjadi Labuan terpilih sebagai Bandar Tarikan Malaysia bagi CAEXPO 2017.

Bagi memperkukuhkan hubungan China dan Malaysia, pegawai kerajaan dari Guangxi dijangka akan hadir ke Malaysia pada bulan Oktober untuk membicangkan lebih terperinci program pertukaran pelajar jurasan kejuruteraan awan dan mekanikal.

Sebelum ini, Datuk Seri Ong Ka Chuan juga pernah melawat pusat logistik e-dagang ASEAN (Post China) yang menjadi platform syarikat Malasyia untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan ke negara China terutamanya di kawasan luar bandar.

Anjuran CAEXPO Ke-14 tahun ini adalah hasil kerjasama China dan 10 negara ASEAN, dan disertai 171 perusahaan kecil dan sederhana bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di pasaran China.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat