Hasil Keputusan Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia (RBA)

515

Bank pusat Australia (RBA) melihat terdapat sedikit alasan untuk meningkat kadar faedah dengan inflasi berada di bawah paras sasaran dan dilihat akan tertahan berikutan pertumbuhan kadar gaji yang perlahan.

Berdasarkan minit mesyuarat RBA pada bulan April, menunjukkan ahli RBA setuju bahawa pergerakan kadar faedah dilihat dapat dinaikkan berbanding diturunkan atas dasar ekonomi Australia diperkirakan akan bertumbuh lebih cepat pada tahun ini.Namun ahli RBA berpendapat tidak terdapat alasan yang kuat bahawa perubahan kadar faedah akan berlaku dalam jangka masa terdekat.

Tindakan terakhir ialah pada tahun lepas yang menurunkan cash rate kepada 1.5 peratus pada bulan Ogos 2016 dan pasaran kewangan mempetaruhkan bahawa bacaan ini akan kekal sehingga tahun 2019.

Namun, kadar pertumbuhan upah dan inflasi masih dibawah jangkaan untuk beberapa tahun tetapi masih terdapat tanda-tanda positif.

Minit mesyuarat melaporkan ” Kadar pertumbuhan yang lemah dalam kos buruh dan ditambah pula dengan persaingan sengit dalam sektor runcit menunjukkan inflasi akan berada pada paras rendah untuk seketika.”

Kadar pengangguran masih kekal pada paras 5.5 peratus dan paras kadar pengangguran ini dilihat tinggi dan mempengaruhi pertumbuhan upah.

Keputusan badan lembaga ialah mengekalkan cash rate pada kadar 1.5 peratus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat