Hati-Hati Dagangan GBP/USD, Brexit Masih “Buat Kacau”

621

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, pergerakan harga pada awal minggu menunjukkan turun naik harga dalam julat yang agak besar sekitar 70 pips.

Setelah menutup dagangan minggu lalu pada zon RBS (resistance become support) 1.33000, harga memulakan dagangan pada minggu ini lebih tinggi.

Selepas menunjukkan penurunan pada awal sesi Eropah, harga kembali melonjak semula dengan paras ketinggian dicapai pada sekitar 1.33800 sebelum turun semula menutup dagangan sesi New York sekitar 1.33150.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Selasa), harga kembali membuat kenaikan semula melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga yang masih belum memberikan arah lebih jelas kepada pelabur.

Faktor pergerakan tidak menentu harga pada carta GBP/USD adalah dipengaruhi oleh ketidaktentuan Brexit yang masih belum berpenghujung.

Minggu ini menjadi minggu penentu untuk keputusan rundingan selepas pasukan perunding Kesatuan Eropah (EU) dijangka akan berada di London untuk beberapa hari lagi.

Menteri Luar Ireland, Minister Simon turut memberi amaran rundingan di antara UK dan EU sepertinya akan mengalami kegagalan jika tiada persetujuan dalam isu perikanan.

Kenaikan harga diteruskan dengan jangkaan zon resistance 1.34000 akan kembali diuji semula.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru 2 bulan dengan paras resistance 1.35000 akan menjadi tumpuan seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat