Hati-Hati Dengan Kenaikan GBP/USD, Penurunan Boleh Terjadi

746

Pound Sterling didagangkan sedikit meningkat berbanding US dolar walaupun tekanan masih membelenggu matawang Eropah itu berikutan kebimbangan terhadap perkembangan rundingan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK).

Dilaporkan UK berniat untuk menghentikan rundingan Brexit jika persetujuan gagal dicapai pada 15 Oktober ini.

Menteri Kabinet Britain, Michael Gove menyatakan kesediaan untuk kebarangkalian tiada perjanjian dicapai (no-deal) dengan beberapa isu masih kekal menjadi penghalang untuk rundingan mencapai kesepakatan.

Susulan risiko tersebut, dagangan pada carta harga GBP/USD semalam telah membuat terjunan 80 pips ke paras sokongan 1.18500 setelah kenaikan yang dipaparkan sebelum itu.

Namun, harga kembali membuat kenaikan semula di paras terjunan berikutan US dolar masih bergerak lemah dalam pasaran selepas sentimen pasaran kembali dipulihkan dengan kenyataan terbaru oleh Presiden Donald Trump untuk bantuan bagi sektor penerbangan dan perniagaan kecil.

Pada sesi Asia pagi ini, harga bergerak membuat kenaikan yang perlahan namun telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga yang berkemungkinan memberi petunjuk awal untuk kenaikan lebih tinggi.

Namun, dengan tekanan terhadap matawang Pound berkemungkinan akan menekan harga ke paras lebih rendah semula ke paras sokongan 1.28500 yang diuji semalam.

Penurunan lebih rendah dijangkakan akan ke paras 1.27600 untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan, paras resistance 1.30000 akan kembali menjadi destinasi sasaran harga.

Melepasi paras tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu selepas harga turun di bawah tersebut pada dagangan September lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat