Hati-Hati! Kripto Ini Sekarang Sasar $350 Pula?

341

“Harapnya dapat la tembus sebab lagi sikit je nak capai $350.”

Selain Ethereum (ETH), harga Binance Coin (BNB) menyaksikan pergerakan menaik yang ketara apabila Bitcoin (BTC) setelah sekian lama akhirnya berjaya menembusi paras melebihi $30,000 dalam tempoh 24 jam lalu.

Umum mengetahui bahawa harga BNB berpotensi untuk melonjak lebih tinggi dalam masa terdekat ini sekiranya dapat melepasi zon $335.

Selepas berlaku pergerakan harga berikut, maka BNB berkemungkinan akan mendaki hingga ke paras $350, $365 mahupun lebih tinggi pada $380.

Namun sekiranya BNB masih gagal melepasi zon rintangan kukuhnya pada $330, aset digital tersebut akan membuat momentum mendatar terlebih dahulu sebelum menyusut pada paras harga $320 atau bawah lagi.

Dapat diperjelaskan di sini, zon sokongan utama BNB adalah pada paras harga $315 dan zon sokongan seterusnya berhampiran $305, oleh itu aset digital tersebut berisiko tergelincir hingga $280 jika turun ke zon harga yang disebutkan berikut.

Sehingga berita ini ditulis, harga BNB menggunung sebanyak 6.05% mencapai paras $332.05 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $52 bilion dan mencatatkan keuntungan 6.94% sepanjang minggu lepas.

Terdahulu, harga BNB terkesan apabila Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Binance dan Changpeng Zhao (CZ) atas kesalahan melanggar peraturan perdagangan dan derivatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat