Hati-hati Trade GOLD Hari Ini

4,534

Emas kekal didagangkan tinggi, meneruskan momentum pengukuhan menjelang dagangan akhir minggu setelah harga mencecah paras terendah lima bulan pada hari Isnin.

Permulaan sesi Eropah memperlihatkan logam berharga itu diperdagangkan menguat pada $1,843 per auns, sementara niaga hadapan emas positif pada $1,847 per auns (3.00 petang waktu Malaysia).

Sejak kejatuhan pada awal minggu, harga emas telah mencatatkan peningkatan sekitar $60 per auns.

Antara faktor utama yang menyokong kenaikan logam berharga itu adalah kelemahan dolar greenback ke paras terendah dua setengah tahun berikutan jangkaan yang meningkat terhadap pakej rangsangan fiskal akan dilancarkan di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, berita mengenai penolakan Pemimpin Majoriti Senat AS, Mitch McConnell terhadap pakej rangsangan bernilai $908 bilion yang diperkenalkan oleh kedua-dua parti Demokrat dan Republikan (bipartisan) telah menyebabkan pasaran mengambil pendekatan berhati-hati.

Namun begitu, pasaran tetap berharap kesepakatan untuk melancarkan langkah rangsangan coronavirus dapat dicapai dengan segera.

Tumpuan utama pasaran kini beralih kepada penerbitan data pekerjaan NFP AS yang dijangka mencatatkan pertumbuhan paling perlahan dalam tempoh enam bulan setelah dijejaskan oleh kebangkitan semula Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat