Hello! Korea Selatan Pun Perlukan Vaksin!

280

Menurut pihak berkuasa kesihatan, Korea Selatan sedang mengadakan perbincangan terakhir dengan syarikat pembuat ubat global termasuk Pfizer Inc mengenai potensi vaksin coronavirus bagi mendapatkan bekalan yang merangkumi 60% penduduknya pada tahun ini.

Oleh itu, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 172 bilion won untuk membeli 60 juta dos awal untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berterusan yang telah mengakibatkan kemelesetan konomi keempat terbesar di Asia dan meningkatkan kehidupan harian bagi 52 juta rakyatnya.

Umum mengetahui bahawa pada minggu ini, Pfizer mengatakan vaksin Covid-19 eksperimentalnya lebih daripada 90% berkesan.

Seterusnya, pihak berkuasa kesihatan negara itu mendedahkan bahawa kesepakatan telah dicapai dalam rundingan mereka dengan beberapa syarikat pembuat ubat yang melakukan ujian klinikal Tahap 3 untuk vaksin mereka, termasuk Pfizer, AstraZeneca dan Novavax Inc.

Selain itu, pemerintah negara itu telah memperoleh sekitar 20 juta dos, cukup untuk 10 juta individu, melalui kemudahan COVAX, platform peruntukan vaksin Covid-19 antarabangsa yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Selebihnya 40 juta dos akan dibeli dari syarikat swasta.

Tambahan daripada itu, mereka merancang untuk mengadakan pertemuan pertamanya hari ini dengan jawatankuasa penasihat pakar yang baru dibentuk untuk membincangkan rancangan pemerolehan vaksinnya termasuk standard keselamatan dan prosedur pengedaran.

Untuk pengetahuan semua, Korea Selatan adalah salah satu negara yang didakwa berjaya mengawal penularan wabak pandemik itu, dengan strategi pengujian dan penelusuran yang agresif, tetapi ia terus memerangi kelompok kecil wabak yang menjangkiti.

Terkini, Korea Selatan melaporkan sebanyak 143 kes jangkitan Covid-19  menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan menjadi 27,942 dengan 487 angka kematian.

Berikutan dengan proses untuk mendapatkan vaksin akan mengambil masa yang lama, mereka tetap mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti penjarakan sosial dan memakai topeng muka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat