Hentikan Permainan, Britain!-Jerman

479

Menteri Eropah Jerman, Michael Roth mendesak Britain pada hari ini untuk menghentikan rancangan undang-undang yang akan menggugurkan kewajipan negara itu kepada Kesatuan Eropah di bawah perjanjian penarikannya seiring dengan waktu untuk mengikat perjanjian perdagangan EU-Britain.

Menjelang pertemuan para menteri EU di Brussels untuk persediaan pertemuan puncak para pemimpin EU akhir minggu ini, Roth menyatakan kebimbangannya terhadap rancangan London untuk meluluskan rang undang-undang pasaran dalaman yang akan melanggar undang-undang antarabangsa.

Tambahnya lagi, beliau mendesak agar Britain menghentikan permainannya kerana masa sudah semakin suntuk dan mereka memerlukan keadilan untuk rundingan lebih lanjut.

Di samping itu, RUU itu didakwa akan dibentangkan kepada parlimen pada minggu depan dan telah mengadakan perbincangan mengenai perjanjian perdagangan antara Britain dan EU. Namun ianya menjadi huru-hara kerana ia Britain didakwa enggan menghormati perjanjian antarabangsa.

Rang undang-undang pasaran dalaman yang disebut itu sangat membimbangkan kerana ianya melanggar prinsip panduan perjanjian penarikan.

Selain itu, beliau mendedahkan bahawa EU benar-benar kecewa tentang hasil rundingan perdagangan, yang melibatkan isu akses nelayan EU ke perairan Britain, persaingan yang adil antara syarikat EU dan Britain dan mekanisme untuk menyelesaikan pertikaian di masa depan.

Tambahnya lagi, menteri EU pada hari ini akan menyatakan sokongan kuat mereka untuk ketua perunding Brexit EU Michel Barnier dan pasukannya dan menegaskan kembali komitmen yang kuat untuk perjanjian perdagangan yang adil berdasarkan kepercayaan dan keyakinan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat