Hezbollah Beri ‘Amaran’ Pada Israel, Konflik Perang Semakin Panas!

631

Kumpulan Hezbollah di Lubnan memberi amaran kepada Israel agar tidak memperbesarkan skala serangannya di Gaza melangkaui wilayah Palestin.

Kenyataan itu dibuat selepas berita tentang Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Arouri terbunuh dalam serangan dron di Beirut. Pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah dalam kenyataannya menegaskan bahawa pasukannya tidak akan berdiam diri susulan pembunuhan Saleh pada Selasa lalu.

Katanya lagi, Hezbollah akan berjuang habis-habisan sekiranya rejim Zionis itu memilih untuk meluaskan perangnya ke kawasan Lubnan.

Namun, kenyataannya itu tidak membuat sebarang ancaman untuk bertindak balas terhadap Israel sebagai dukungannya kepada Hamas. Setakat ini, pihak tentera Israel masih belum mengesahkan atau menafikan serangan dron itu.

Rejim Zionis sebelum ini pernah berjanji untuk memusnahkan pasukan Hamas berikutan serangan mengejut kumpulan itu ke atas Israel pada 7 Oktober lalu. Israel telah melancarkan serangan darat dan udara serta mengakibatkan seramai 22,000 rakyat Palestin terbunuh.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan angka kematian itu merangkumi hampir satu peratus daripada 2.3 juta rakyat Palestin di Gaza.

Menurut jurucakap Israel, Daniel Hagari tidak mahu mengulas berkenaan kenyataan daripada Hezbollah itu. Mereka kini lebih tertumpu untuk menghapuskan pasukan Hamas di Gaza. Kenyataan Hezbollah itu turut mengejutkan pegawai White House, John Kirby kerana beliau menyangka Hezbollah tidak terlibat dengan konflik perang ini.

Pembunuhan Saleh telah mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia dan berpotensi untuk berlakunya perang di luar wilayah Palestin.

Saleh al-Arouri merupakan pemimpin kanan politik Hamas pertama yang dibunuh sejak Zionis melancarkan serangan udara dan darat terhadap kumpulan pejuang itu hampir tiga bulan lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat