Holo (HOT) Punyai Matlamat Tersendiri Dalam Pasaran DApps!

341

Holo sebuah platform yang diedarkan peer-to-peer (p2p) untuk hosting aplikasi yang tidak berpusat (DApps), dibina menggunakan Holochain dimana rangka kerja pembinaan DApps tidak memerlukan sistem teknologi blockchain.

Diasaskan oleh Arthur Brock dan Eric Harris-Braun pada tahun 2018.

Matlamat utama Holo adalah untuk berfungsi sebagai aplikasi dan internet yang lebih luas menggunakan Holochain agar ekosistem dan pasaran DApps mudah diakses.

Dapat diperhatikan pada carta pergerakan harga HOT/USDT, pergerakan harga menyaksikan momentum kenaikan yang agresif melebihi 5,000% pada pembukaan pasaran Januari sehingga 5 April 2021 dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $0.031.

Setelah itu, Hot tidak berdaya untuk meneruskan kenaikan dan kembali membuat penurunan sehingga menguji paras sokongan sekitar harga $0.006 seiring dengan kejatuhan harga bitcoin.

Dari pandangan sudut teknikal, Hot kini sedang berlegar-legar secara mendatar untuk memasuki ruangan zon SBR (support become resistanance) sekitar $0.01 dimana paras rintangan tersebut pernah gagal ditembusi sebelum ini.

Sekiranya pergerakan harga Hot berjaya untuk melepasi paras rintangan tersebut, zon SBR seterusnya sekitar $0.016 bakal diuji terlebih dahulu sebelum kembali membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Risiko seterusnya, jika pergerakan harga kembali menyaksikan trend bearish, pergerakan harga dijangka bakal kembali meneruskan penurunan sehingga ke zon support sekitar $0.006 dan menguji paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Lihat gambar carta matawang kripto HOT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat