HSBC Sah Beli Silicon Valley Bank UK Dengan Nilai £1!

1,219

HSBC bertindak pantas untuk menyelamatkan Silicon Valley Bank (SVB) UK daripada mengalami krisis lebih dalam dengan mengumumkan pembelian bank tersebut pada harga £1 (RM5.44) pada hari Isnin.

Meskipun begitu, aset dan liabiliti syarikat induk SVB UK dikecualikan daripada urus niaga tersebut.

Penjualan bank itu disokong oleh Menteri Kewangan UK, Jeremy Hunt bagi mengelakkan kerajaan daripada perlu membuat campur tangan besar untuk melindungi
pendeposit seperti dilakukan Federal Reserve (Fed).

Perkara tersebut diumumkan oleh Hunt dalam satu ciapan di Twitter, mengatakan kerajaan dan bank of England (BOE) telah memudahkan penjualan persendirian SVB UK kepada HSBC.

Ekoran daripada itu juga, deposit akan dilindungi tanpa sokongan pembayar cukai, ujar menteri kewangan itu.

Rentetan daripada langkah tersebut, Hunt mengatakan beliau telah menunaikan janjinya untuk melindungi sektor teknologi di negara itu.

Selain Jeremy Hunt, misi menyelamat itu melibatkan Perdana Menteri Rishi Sunak, menteri City Andrew Griffith, gabenor BOE Andrew Bailey dan Sam Woods dari Pihak Berkuasa Peraturan Prudential.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat