Hujan Emas Diraih Vitrox Setelah Mencapai Paras Tertinggi Lima Bulan

532

Syarikat elektronik Vitrox Corporation Bhd mempamerkan kenaikan sehingga ke paras tertinggi lima bulan pada RM16.88 dan telah mempelopori kaunter paling untung di sesi dagangan Bursa Malaysia pada hari ini.

Pada pukul 12.30 tengah hari, kaunter Vitrox ‘meroket’ melebihi 5% kepada RM16.80 berbanding RM15.96 ketika ditutup pada Jumaat.

Pada harga RM16.80, syarikat tersebut peroleh permodalan pasaran sebanyak RM7.93 bilion dengan jumlah dagangan berjumlah 311,300 saham diniagakan.

Berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan, Pengasas, CEO dan Presiden Vitrox, Chu Jenn Weng mengumumkan bahawa kumpulan itu telah melibatkan diri dalam pertanian pintar.

Penyertaan itu bertujuan untuk mempertingkatkan perkembangan dalam industri pertanian serantau dengan mempromosikan inovatif, merancang dan mencipta sesuatu yang lebih efisien terhadap penyelesaian pertanian pintar.

Jenn Weng ingin mengusahakan penglihatan mesin, kecerdasan buatan (AI) dan robotik dalam membantu petani serta mengevolusikan lagi cara tanaman yang menjimatkan dan mudah.

Seterusnya, beliau juga merasakan bahawa kawasan terbabit bakal menjadi sesuatu yang menarik pada lima tahun akan datang dan bakal membina universiti yang berpusatkan industri dalam melahirkan kumpulan pekerja mahir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat