Huru-hara Dalam Pasaran Mata wang, Ini Fakta Perlu Diketahui Pelabur!

648

Kekhuatiran terhadap kemelesetan global sekali lagi mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan yang menyebabkan junaman lebih parah dagangan mata wang utama pada awal minggu.

Setelah pasaran kembali dibuka dari cuti Hari Kemerdekaan di Amerika Syarikat, US dolar telah membuat peningkatan mendadak sehingga menembusi puncak tertinggi terbaharu 2 dekad berbanding pesaing utamanya.

Kebangkitan dolar Amerika telah membenam mata wang euro ke paras terlemah 20 tahun selain turut dipengaruhi kebimbangan terhadap prospek ekonomi Zon Eropah yang menyuramkan.

Risiko kemelesetan semakin meningkat susulan lonjakan besar 17% dalam harga gas asli di Eropah dan Britain dilihat akan memacu lonjakan inflasi lebih tinggi.

Dalam pada itu, mata wang pound pula dihentam oleh pergolakan politik di UK susulan perletakan jawatan mengejut dua menteri kabinet kanan, Setiausaha Kesihatan Sajid Javid dan Menteri Kewangan Rishi Sunak sebagai tentangan terhadap Perdana Menteri Boris Johnson.

Ini secara tidak langsung meningkatkan lagi tekanan buat PM Boris Johnson untuk mempertahankan pimpinannya di Britain.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand pula merudum ke paras terendah terbaharu dua tahun berbanding US dolar. Keputusan Reserve Bank of Australia (RBA) menaikkan kadar faedah pada Selasa malangnya gagal membantu mengekang penyusutan dolar Aussie.

Sementara itu, dolar Kanada pula merosot paras terlemah sejak September 2020 selepas didorong jatuh oleh kejatuhan harga minyak dan pengukuhan US dolar.

Penerbitan data PMI perkhidmatan ISM AS dan laporan minit mesyuarat FOMC pada sesi New York hari ini akan menjadi utama pasaran yang boleh menggegarkan pasaran sekali lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat