Huru-hara Di Capitol, Ini Kesannya Pada Pasaran Matawang!

543

Huru-hara yang dicetuskan oleh penyokong Presiden Donald Trump di Capitol Hill telah mendorong sedikit permintaan buat US dolar, tetapi matawang itu tetap didagangkan di tahap terendah sejak April 2018.

Pada masa ini, masih tiada pengesahan rasmi tetapi nampaknya pilihan raya Senat Georgia dilihat berpihak kepada dua calon Demokrat, yang akan memberikan kawalan parti dalam Senat.

Kongres memulakan semula proses pengiraan undi elektoral dan mengesahkan kemenangan Joe Biden selepas semua aktiviti terpaksa dihentikan berikutan pencerobohan Capitol Hill yang dilakukan oleh penyokong Trump.

Matawang utama dan saham tetap didagangkan tinggi meskipun dengan ketidakpastian politik di Amerika Syarikat. Ini disokong oleh optimisme pasaran bahawa keputusan pilihan raya tidak akan berubah walaupun terdapat huru hara di Capitol Hill.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan sedikit berubah pada 89.37 pada pembukaan sesi Asia.

Lonjakan hasil bon perbendaharaan AS 10 tahun pada 1.054% sedikit sebanyak menyokong dagangan dolar greenback dari jatuh lebih rendah.

Matawang sensitif risiko, dolar Aussie terus diniagakan menguat di paras ketinggian sejak Mac 2018, sementara dolar kiwi turut mempertahankan pengukuhannya di tahap tertinggi 2 setengah tahun meskipun sedikit susut pada awal sesi Asia.

Sementara itu, matawang euro dan pound sterling kembali mendaki lebih tinggi selepas mencatatkan kemerosotan berikutan peningkatan US dolar pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat