Hutang Dunia Jatuh Ke $235 Trilion – IMF

278

‘Tak tahu nak anggap berita baik atau tak sebenarnya ni.’

Hutang global (awam dan swasta) dilaporkan mencecah $235 trilion, kenaikan yang perlahan dan secara keseluruhan mengalami penurunan terbesar sejak 70 tahun pada 2021.

Perkara itu dijelaskan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkenaan jumlah hutang global yang turun 10% pada 247% dari keluaran dalam negara kasar (GDP) semasa 2021 berbanding kemuncak 257% semasa 2020.

Jelas IMF lagi bahawa hutang swasta termasuk obligasi korporat dan isi rumah bukan kewangan menjadi penyumbang penurunan terbesar dengan pengecutan 6% pada 153% dari GDP semasa 2021.

Hutang awam pula menurun 4% pada 96% dari GDP, iaitu menurut IMF penyusutan terbesar dalam beberapa dekad.

Perubahan drastik ini boleh dikaitkan dengan pemulihan hutang ekonomi daripada Covid-19 dan kenaikan inflasi yang pantas.

Berdasarkan catatan itu juga pengarah hal ehwal fiskal IMF, Vitor Gaspar, meletakkan unjuran nisbah hutang 2022 setiap negara menyusut tetapi prospek 2023 pula sebaliknya.

Hal ini kerana, hutang global masih berada di paras pra-pandemik dan jauh dari paras terendah 195% pada 2007 iaitu sebelum krisis kewangan tercetus.

Ditambah pula dengan ramalan kemerosotan ekonomi di kebanyakan negara akan meningkatkan kos membayar hutang pada tahun depan.

Dalam pada itu, negara berpendapatan rendah dijangka berdepan masalah pembayaran hutang dengan nisbahnya terus meningkat pada 2021 ekoran hutang swasta yang tinggi.

Paulo Medas yang bertanggungjawab meneliti Fiskal IMF mengatakan paras hutang negara berpendapatan rendah adalah yang tertinggi sejak bantuan akhir 1990-an dan awal 2000-an.

Ini juga secara tidak langsung menerbitkan kebimbangan pembayaran balik hutang di kedua-dua negara berpendapatan rendah dan miskin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat