HWGC Holdings Umum Pembelian Dua Syarikat Blockchain Bernilai Lebih RM650 Juta

562

Salah satu syarikat terbesar tempatan HWGC Holdings dalam perancangan untuk membeli dua firma teknologi kewangan bagi tujuan merancakkan pertumbuhan blockchain dalam industri fintech.

Berdasarkan kenyataan rasmi pada Jumaat, HWGC telah mencapai kesepakatan bersama dua firma pilihan: HWGG Capital P.L.C yang berpangkalan di Malaysia, dan Fintech Scion Limited di United Kingdom (UK).

Pemfailan Securities and Exchange Commission (SEC) mendedahkan nilai pembelian bernilai sekitar $150 juta (RM650.700 juta), bersama pertimbangan untuk terbitkan saham berharga $0.50 seunit bagi kedua-dua syarikat tersebut.

Untuk pengetahuan, HWGG Capital beroperasi sebagai pembayaran aset digital dan syarikat pertama yang berdaftar di bawah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA).

Mereka menggunakan aplikasi desentralisasi, membolehkan syarikat untuk membuat pembayaran, pemindahan, dan penyelesaian dalam pelbagai aset digital.

Manakala Fintech Scion menawarkan platform sebagai sebuah perkhidmatan (platform as a service, PaaS) sokongan terhadap pemprosesan kad kredit, pertukaran, e-dagang, dan penyelesaian transaksi.

Pertumbuhan ruang kripto di Malaysia

Selain HWGC Holdings yang mahu meluaskan lagi capaian perkhidmatannya, aplikasi pertukaran kripto Singapura, Crypto.com dilihat cuba menembusi pasaran Malaysia.

Difahamkan syarikat ini telah mengiklankan beberapa jawatan kosong di platform LinkedIn.

Menariknya lagi, bukan Crypto.com sahaja yang berbuat demikian, beberapa syarikat lain juga menawarkan peluang kerjaya berkaitan blockchain, Web 3.0, dan kripto.

Ini membuktikan masa depan teknologi ini di Malaysia sangat cerah dan berpotensi tinggi untuk mendapat perhatian peminat kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat