‘Hyper’ Betul GBP Lepas Tahu Keputusan Mesyuarat Polisi BOE

532

Bank of England (BOE) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.10% dan meningkatkan program pembelian bonnya sebanyak £150 bilion menjadi £875 bilion ketika mesyuarat polisi sesi November.

Keputusan untuk meningkatkan pembelian bon itu dilaporkan dipersetujui dengan sebulat suara sebagai salah satu usaha bank pusat untuk menyokong ekonomi dalam berdepan lockdown kedua di UK.

Menurut BOE, pembelian bon tambahan itu akan bermula pada bulan Januari dan berakhir pada akhir tahun 2021 selain turut menyatakan kesediaannya untuk meningkatkan pelonggaran kuantitatif jika diperlukan.

Selain itu, bank pusat juga menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi mereka, di mana ia menjangkakan berlaku pengurangan pada suku keempat. Risiko untuk pemulihan cenderung ke arah penurunan, kata BOE.

Keputusan BOE ini nyata membuatkan para pelabur sedikit lega setelah ditakut-takutkan dengan jangkaan bahawa bank pusat akan menurunkan kadar faedah kepada negatif pada mesyuarat kali ini.

Matawang pound melonjak ke paras harga 1.3000 susulan keputusan ini, selain turut dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang berhati-hati optimis bahawa Demokrat Joe Biden akan memenangi pilihan raya AS yang telah mendorong kemerosotan US dolar.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat