Ikut Jejak Binance, Crypto.com Pun Nak Jajah Perancis!

98

Selain daripada Binance, platform exchanger kripto berpangkalan di Singapura Crypto.com juga tertarik untuk menempatkan ibu pejabatnya di Paris ekoran persekitaran pro-perniagaannya.

Oleh demikian, Crypto.com telah mendapat kelulusan kawal selia daripada pihak berkuasa pasaran Perancis AMF untuk menjadi penyedia perkhidmatan aset digital.

Rentetan itu, syarikat tersebut akan melabur sebanyak €150 juta ($145.3 juta) bagi menubuhkan European HQ di ibu negara Paris serta melantik individu yang berkebolehan dalam bidang pematuhan, pembangunan perniagaan dan produk.

Secara rekod, Crypto.com mengikut kaedah Binance dalam membangunkan ibu pejabat di Paris ekoran exchanger kripto terbesar di dunia itu menjadi syarikat pertama mendapat lesen penyedia perkhidmatan aset digital di Perancis.

Menurut Eric Anziani, Ketua Pegawai Operasi (COO) Crypto.com menyatakan bahawa syarikatnya berhasrat untuk memudahkan ekonomi digital baharu di Perancis dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya.

Dalam pada itu, Crypto.com juga mengutamakan pelaburan dalam pemasaran sukan iaitu menaja Piala Dunia FIFA yang bakal dianjurkan pada bulan depan, menandatangani perjanjian $100 juta bersama perlumbaan Formula 1 dan bekerjasama dengan NBA Philadelphia 76ers serta Ultimate Fighting Championship (UFC).

Malah syarikat itu bertekad mengembangkan perkhidmatannya ke Eropah walaupun pernah menyingkirkan 5% tenaga kerja pada bulan Jun.

Difahamkan bahawa Crypto.com turut menawarkan kad debit Visa dan token tersendiri, Cronos termasuk lebih 50 juta pelanggan telah menggunakan perkhidmatannya.

Pada sumber berbeza, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ) menyebut sesungguhnya kerajaan Perancis mempunyai pengetahuan mendalam tentang kripto sejurus selepas pegawai kementerian kewangan Perancis menegaskan untuk menyokong pembangunan industri aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat