Ikut Jejak El Salvador, Paraguay Teruja Bentang Perundangan Bitcoin (BTC) Julai Ini

373

Timbalan Kongres Negara dan Bangsa Paraguay, Carlitos Antonio Rejala Helman dijangka akan membentangkan undang-undang Bitcoin (BTC) pada bulan depan.

Sejak awal Jun lagi Helman memberi hint berkaitan Bitcoin dan PayPal sehinggalah beliau mengesahkan sendiri melalui satu twit pada hari ini.

Pada masa yang sama, salah satu syarikat hiburan terbesar di negara itu, Grupo Cinco juga merancang untuk menerima matawang kripto sebagai medium pembayaran perkhidmatan yang ditawarkan.

Dilaporkan mereka akan menerima Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Shiba Inu (SHIB) dan Chiliz (CHZ).

Grupo Cinco juga akan membantu lagi 24 firma lain termasuk mana-mana industri yang aktif pada waktu malam seperti restoran pandu lalu untuk menerima matawang tersebut.

Seperti yang dijangka keputusan El Salvador menghasilkan domino effectΒ kepada negara-negara lain untuk mempertimbangkan Bitcoin (BTC) sebagai matawang.

Pada minggu lepas presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan telah memberi amaran tegas kepada bank pusat untuk mulakan kajian terhadap matawang kripto.

β€œBank pusat perlu bersedia untuk perubahan dan tidak tertangkap dalam keadaan tidak bersedia.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat