IMF Akhirnya Dedahkan Pandangan Mengenai Konflik Rusia-Ukraine Terhadap Kripto!

3,801

Gita Gopinath, Timbalan Pengarah Urusan Pertama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan pada hari Khamis bahawa sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Rusia akibat pencerobohannya ke atas Ukraine akan mengurangkan penguasaan dolar AS. Beliau juga berkata krisis Rusia-Ukraine akan meningkatkan penggunaan kewangan digital, termasuk mata wang kripto, stablecoin dan mata wang digital bank pusat (CBDC).

Gita Gopinath, timbalan pengarah urusan pertama IMF, memberi amaran peningkatan penggunaan kewangan digital, termasuk mata wang kripto, dan penurunan penguasaan dolar akan membawa kepada kepelbagaian dalam rizab asing berikutan konflik Rusia-Ukraine dan sekatan yang dikenakan ke atas Rusia.

Dalam salah satu temuduga, beliau menyatakan bahawa US dolar akan masih kekal sebagai mata wang global utama namun impak luaran akan menjejaskan sedikit pecahan US dolar.

Sekatan Eropah ke atas Rusia juga akan menjadi faktor lain yang akan memaksa Rusia untuk beralih daripada US dolar kepada mata wang kripto seperti Bitcoin. Baru-baru ini, Rusia juga bersetuju untuk menerima mata wang kripto sebagai bayaran untuk perdagangan minyak dan gas asli dengan negara sekutunya. Oleh itu, penggunaan mata wang kripto yang lebih besar dalam perdagangan global boleh menggantikan dominasi dolar, yang membawa kepada kepelbagaian lagi aset rizab yang dipegang oleh bank pusat negara.

Harus dimaklumi, ketika Rusia mengambil pendirian untuk mengasingkan diri daripada sistem kewangan global, Rusia telah mula mengurangkan pergantungan kepada US dolar sejak 2014 lagi.

Gita Gopinath menegaskan bahawa rizab antarabangsa US dolar telah jatuh daripada 70% kepada 60% dalam tempoh 2 dekad. Dengan kebanyakan negara mula beralih kepada CBDC maka tidak hairan penguasaan US dolar boleh merosot lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat