IMF Gesa BNM Naikkan Lagi OPR!

980

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan Malaysia akan berkembang dengan sederhana pada tahun ini dengan pertumbuhan 4.5%.

Lembaga eksekutif IMF berkata dalam satu kenyataan pada Khamis bahawa inflasi negara akan kekal tinggi pada 3.3% pada 2023 dengan jangkaan tekanan berterusan dalam inflasi teras.

Ujarnya lagi, Malaysia telah mencatat pemulihan yang kukuh sejak pandemik Covid-19 melanda, dipacu oleh permintaan domestik yang terpendam dan eksport yang berdaya tahan.

Pun begitu, prospek pertumbuhan negara dalam jangka masa terdekat dilihat suram disebabkan terdapat risiko penurunan yang sebahagian besarnya oleh faktor luaran.

Ekonomi global kini diancam kelembapan dan kemelesetan yang mendadak berikutan ketegangan politik yang berterusan sehingga menyebabkan gangguan bekalan, peningkatan kos input dan gangguan lain.

Dalam pada itu, IMF juga menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memperketatkan lagi dasar monetari dan kembali kepada pendirian ‘neutral’.

Ujarnya, dasar monetari yang lebih ketat akan memastikan jangkaan inflasi kekal kukuh, selain mewujudkan ruang untuk dasar monetari untuk bertindak balas terhadap risiko penurunan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat