IMF Keluarkan Amaran Mengenai Kesenjangan Antara Pasaran Dan Ekonomi Benar!

326

Pada hari ini, IMF telah mengeluarkan sebuah amaran bahawa pasaran untuk saham dan aset berisiko berkemungkinan akan lebih terkesan jika penularan wabak Covid-19 bertambah teruk, perintah berkurung dikenakan kembali atau peningkatan dalam ketegangan perdagangan.

Menurut IMF , berdsarkan data yang dikumpul, ia menunjukkan bahawa terdapat jurang antara pasaran kewangan dan ekonomi sebenar sehingga dapat menyebabkan pembetulan dalam harga aset berisiko.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pasaran ekuiti sempat menunjukkan pengukuhan walaupun dunia dihimpit dengan wabak Covid-19. Penularan wabak ini telah meragut nyawa hampir 500,000 orang berdasarkan data yang dikeluarikan Universiti John Hopkins dan ia impaknya boleh menyebabkan dunia berhadapan krisis ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum ini. Dalam masa yang sama di beberapa negara maju terpaksa berhadapan dengan masalah sosial yang telah mempengaruhi keyakinan para pelabur.

Data terkini menunjukkan kemerosotan yang lebih buruk daripada yang dijangkakan, namun pasaran tidak menunjukkan begitu banyak perubahan sejak awal Jun. Menurut IMF, kesejangan antara pasaran kewangan dan ekonomi sebenar menimbulkan risiko pembetulan dalam harga aset berisiko, yang dimana hal ini dapat memberi kesan kepada pemulihan ekonomi.

Pembetulan harga dalam aset berisiko membawa maksud penurunan harga aset atau indeks sebnayak 10% atau lebih.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat