Impak Jackson Hole Terus Dirasai, Masihkah Ekuiti Mempunyai Sinar?

149

Sesi dagangan hari ini memperlihatkan data bercampur di rantau Asia dan Amerika Syarikat (AS) dengan pelabur cuba mencerna ucapan hawkish Federal Reserve (Fed) pada Simposium Jackson Hole.

Umumnya pasaran kini menjangkakan Fed akan melaksanakan kenaikan kadar faedah secara agresif semasa mesyuarat September dengan Jerome Powell bermadah hawkish untuk membendung inflasi yang memuncak 40 tahun.

Jelas Rodrigo Catril dari National Australia Bank dalam notanya mengatakan pelabur sedang mencerna impak daripada ucapan Powell, yang menekankan keperluan kenaikan kadar lebih tinggi dalam membawa inflasi ‘menyembah bumi’.

Rentetan daripada itu pasaran ekuiti Asia memperlihatkan pembukaan positif selepas mengalami penurunan ketara semalam.

Indeks Nikkei 225 Jepun naik 0.78%, Topix capai 0.85% sementara Kospi Korea Selatan tambah 0.85% dan Kosdaq canak 1.09%.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun raih 0.22%.

Sebaliknya, keadaan di Wall Street menyaksikan kebanyakan indeks kekal dalam kemerahan semasa sesi penutupan yang secara tidak langsung melanjutkan kerugian minggu lepas.

Indeks S&P 500 susut 0.67% pada 4,030.61, Nasdaq Composite hilang 1.02% pada 12,017.67 dan Dow Jones Industrial turun 0.57% pada 32,098.99.

Saham Eropah jatuh ke paras terendah 5 minggu pada 0.8% dan tolok MSCI saham seluruh dunia turun ke paras terendah 1 bulan pada 1%.

Aliran mata wang menyaksikan greenback mengukuh ke paras 2 dekad baru pada 109.48 buat seketika berbanding sejumlah wang lain.

Hasil 2 tahun AS naik sekitar 3.49% dan jauh di atas hasil 10 tahun pada 3.11%, tertinggi sejak 2007.

Bagi komoditi, spekulasi OPEC+ mengenai pengurangan pengeluaran telah membuatkan minyak mentah AS naik 4% pada $96.82 dan Brent lonjak 3.7% pada $104.77.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat