Impak Monkeypox, Ini Saham-Saham Yang Pelabur Perlu Ambil Perhatian

335

‘Ambil kesempatan di atas kesempitan yang diapit kebimbangan.’

Penyebaran cacar monyet (monkeypox) semakin lama dilihat semakin mengganas dengan 70 buah negara mencatat kes positif setakat ini.

Mengeruhkan lagi keadaan apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penyakit tersebut sebagai kecemasan global, seiring situasi semasa pandemik Covid-19.

Rentetan itu, pelabur-pelabur mungkin menempatkan diri pada sektor bertemakan kesihatan dan pemulihan yang dilihat sebagai ‘lubuk emas’ memandangkan tumpuan terarah kepada pembendungannya daripada menjadi pandemik.

Berikut merupakan beberapa saham syarikat vaksin atau antivirus dan penjejak virus yang menjadi tumpuan, antaranya:

  • Bavarian Nordic
    • Syarikat bioteknologi Denmark ini memperlihatkan sahamnya mencanak 3 kali ganda selepas kerajaan memesan penambahan vaksinasi monkepox pada akhir Mei lalu.
    • Malah, Citigroup Inc dilihat menaikkan sasaran harga (TP) terhadap syarikat pada 20% dan meramalkan lebih banyak kenaikan berdasarkan situasi.
  • Siga Technologies
    • Syarikat pengeluar vaksin atau antivirus, Topxx ini telah menyaksikan pengeluarannya meningkat 2 kali ganda tahun ini.
    • Difahamkan vaksin keluaran syarikat ini telah mendapat kelulusan di Amerika Syarikat (AS), Eropah  dan United KIngdom (UK).
  • Emergent BioSolutions Inc dan Tembexa Chimerix Inc
    • Kedua-dua syarikat ini telah bekerjasama dalam menjual vaksin ACAM2000 Emergent, vaksin cacar yang boleh digunakan terhadap monkeypox.
  • KM Biologics
    • Unit milik Meiji Holdings Co ini telah bermula membuat kajian terhadap vaksin monkeypox di Jepun, dengan saham syarikat melonjak 12% pada Jun.
  • Precision System
    • Syarikat pengeluar kit ujian perubatan Jepun ini memperlihatkan sahamnya berganda sejak Jun ekoran penyebaran monkeypox di negara matahari tersebit tersebut.
  • Autobio Diagnostics Co, Shanghai ZJ Bio-Tech Co dan Daan Gene Co. Shanghai ZJ, 3 daripada 30 syarikat pengeluar kit ujian virus di China, menyaksikan saham mereka melonjak 40% pada Julai.
  • Pengeluar kit ujian antigen dan antibodi Zhejiang Orient Gene Biotech Coand Assure Tech (Hangzhou) Co dilihat berpotensi menjadi penerima manfaat lain di China.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat