Impak Ribut Taufan Irma Terhadap Permintaan Minyak Terus Menjadi Tumpuan

113

Harga minyak sedikit susut di awal sesi dagangan Asia hari Selasa, para pelabur masih lagi bimbang dengan penurunan permintaan minyak kesan daripada taufan Irma walaupun proses minyak mentah mula meningkat selepas kilang-kilang penapisan yang ditutup akibat ribut Harvey beroperasi semula.

Minyak brent yang menjadi ukuran harga minyak dunia jatuh 11 sen atau 0.20% kepada $53.78 setong setakat jam 10.20 pagi.

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) pula kekal di paras $48.07 setong selepas naik 50 sen semalam.

 

Industri penapisan US termasuk kilang penapisan terbesar Motiva Enterprises sudah kembali beroperasi. Motiva memulakan operasi mereka pada hari Isnin yang lalu selepas tutup selama 2 minggu akibat ribut Harvey yang membadai kawasan pantai Texas.

Ribut Irma pula menimpa Florida pada Ahad yang lalu, mengakibatkan 7.4 juta rumah dan kedai terputus bekalan elektrik, namun kekuatan ribut semakin lemah, kembali kepada taufan tropika yang biasa.

Bekalan minyak mentah US bagi minggu lepas dijangka meningkat, manakala bekalan produk penapisan pula dijangka menyusut. Penganalisis turut menjangkakan purata lebihan 2.3 juta tong pada bacaaan bekalan minyak mentah yang berakhir pada 8 September lalu pada laporan American Petroleum Institute (API) dan US Energy Information Administration (EIA) minggu ini.

Di tengah-tengah kebimbangan pada lebihan bekalan minyak dunia, Menteri tenaga Arab Saudi, Khalid al-Falih berdiskusi dengan Venezuela tentang kemungkinan pemotongan bekalan dilanjutkan melebihi bulan Mac 2018.

ANZ bank berkata pada notanya, “Laporan lanjutan perjanjian pemotongan bekalan minyak akan terus berputar dalam pasaran”.

Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) yang diketuai oleh Arab Saudi, bersama pengeluar lain termasuk Rusia bersetuju untuk menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari sehingga Mac tahun depan.

Setiausaha Agung OPEC, Mohammad Barkindo berkata pada Isnin yang lalu perjanjian pemotongan bekalan dijangka akan menstabilkan pasaran minyak dunia dan permintaan yang kukuh akan terus menurunkan bekalan minyak sedia ada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat